Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan Al-Mubarek..

   Alhamdulilla..pertama sekali kuingin meluahkan rasa syukur kehadrat Illahi kerna masih lagi mengizinkan diriku untuk menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini..Di bulan Ramdhan ini kita umat islam diwajibkan berpuasa selama sebulan.kita perlu mengetahui bahawa puasa adalah rukun yang ke-3 dalam rukun İslam.Saya merasakan sebelum seseorang itu menunaikan ibadat puasa kita terlebih dahulu perlu mengetahui apakah itu puasa..Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat kerana Allah swt..
  Allah swt sentiasa menyanyangi akan hamba-hambaNya.Allah swt akan sentiasa memberi ujian terhadap hamba-hambaNya yang terpilih.Bersabarlah dengan ujian yg diberikan.Mintalah pertolongan dariNya.Allah swt amat menyukai akan orang-orang yang sering meminta pertolongan dariNya.Mintalah apa-apa pun dari Allah swt kerna Dialah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani dan Dialah juga Maha Memberi serta Maha Melaksanakan segala kehendakNya.Di bulan yang penuh keberkatan ini saya mengharapkan sama-samalah kita umat islam sentiasa bersabar serta bersyukur dengan segala ujian yang Allah swt berikan kepada kita semua.Mudah-mudahan kita semua tergolongan dalam golongan orang-orang yang berada di landasan yang betul.Tidak lupa juga sama-samalah kita meningkatkan amal ibadat di bulan ramadhan ini serta sama-samalah kita mendoakan diantara satu sama lain supaya hubungan kita umat İslam terjalin dgn erat..hindarilah hasad dengki yg dpt memburukkan hubungan kita seagama.